Tuesday, October 20, 2009

Hasil Pencarian
1 hingga 20 penemuan dari jumlah keseluruhan 1453 penemuan.
Penemuan Di Dalam Al-Quran 1450
Penemuan Di Dalam Hadis 3

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 3

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 4

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 10

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 11

Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 14

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman).
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 15

Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 21

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 26

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan benda ini? (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 27

(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 32

Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 34

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 37

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 40

Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 41

Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertakwa.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 45

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 48

Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab) dan tidak diterima syafaat daripadanya dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 54

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 55

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami). Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 59

Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah Kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 60

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: Pukullah batu itu dengan tongkatmu, (dia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.


Posted by z@i.. at 5:00 PM 0 comments

Hasil Pencarian
7 Penemuan Di Dalam Al-Quran Penemuan Di Dalam Al-Quran 7
Al-Quran > Surah Hud> Ayat 120
Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.
Al-Quran > Surah Al-Hijr> Ayat 87
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.
Al-Quran > Surah An-Nuur> Ayat 1
Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
Al-Quran > Surah Al-'Ankabuut> Ayat 45
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Al-Quran > Surah Al-Ahzaab> Ayat 34
Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
Al-Quran > Surah Faatir> Ayat 29
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;
Al-Quran > Surah Al-A'laa> Ayat 6
Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,
Posted by z@i.. at 4:53 PM 0 comments
'Lega umum tak kahwin Fasha Sandha'
Oleh Farihad Shalla Mahmud
Qabil Ambak
TIDAK sukar mendekati jejaka ini. Orangnya ramah, tutur katanya lembut tersusun. Jika sebelum ini namanya mekar di arena sukan ekuin namun sejak menjalinkan hubungan dengan pelakon sensasi Fasha Sandha, dia turut menjadi buruan wartawan hiburan. Semua ingin tahu dan mendengar sendiri pengakuannya mengenai hubungannya dengan pelakon itu.Bertemu dengan Qabil Ambak Mahamad Fathil pada majlis Rumah Terbuka Media Prima Berhad (MPB) yang berlangsung di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama petang kelmarin memberi peluang kepada penulis mendasari hati lelaki ini mengenai apakah puncanya dia meletakkan tanda noktah terhadap hubungan yang sudah terjalin selama setahun itu.Bukan sengaja untuk mengungkit kembali apa yang sudah berlaku namun jika sebelum ini kenyataan dari pihak wanita sudah pun disiarkan, adalah lebih bagus jika Qabil sendiri menerangkan mengapa dia bertindak sedemikian. Iyalah, sebaik saja membaca kenyataan yang dikeluarkannya dalam Harian Metro baru-baru ini, ramai yang terkejut dan tidak menyangka Qabil membuat keputusan senekad itu iaitu membatalkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga bersama Fasha sedangkan pada masa yang sama, Fasha sendiri sedang menanti untuk mengumumkan tarikh keramat itu.
“Saya rasa lega dan terlepas dari bebanan sebaik saja membuat pengumuman itu. Terus terang, keputusan yang saya buat ini tidak dipengaruhi sesiapa dan semuanya atas kemahuan saya sendiri. Dan ini adalah keputusan yang saya buat seorang diri dan bukannya bersama seperti yang Fasha nyatakan.“Sebenarnya hasrat untuk membatalkan perkahwinan itu sudah lama saya suarakan pada Fasha dan saya ada meminta dia memaklumkan sendiri perkara itu kepada media. Malangnya dia langsung tidak bersuara. Dan disebabkan tindakannya itu, saya lihat cerita mengenai kononnya yang kami akan berkahwin semakin tersebar di media dan gambar saya turut digunakan.“Enggan membiarkan perkara ini berlanjutan serta membuatkan saya terus tertekan dengan keadaan sekeliling dan kebetulan pula ada wartawan yang bertanyakan saya mengenai hal itu, jadi saya rasakan inilah masanya untuk saya menceritakan perkara sebenar supaya tidak ada pihak yang keliru atau tertanya-tanya di manakah hala tujunya hubungan kami ini,” jelas Qabil penuh hati-hati.
Tegar mempertahankan prinsipnya untuk tidak mahu memburukkan mana-mana pihak, Qabil menyifatkan apa yang berlaku adalah suratan takdir dan antara mereka memang tiada jodoh. Namun apa yang lelaki ini boleh kongsikan pada khalayak adalah, antara dia dan Fasha tidak mungkin dapat hidup bersama.“Saya akui, sepanjang kami hidup bersama, banyak cerita yang saya dengar mengenainya. Malah kawan-kawan saya sendiri banyak menasihatkan saya apabila mendapat tahu yang sedang berkawan dengannya.“Namun semua itu tidak saya endahkan. Saya adalah seorang yang tidak mudah percaya cakap-cakap orang. Dan kalau betul pun apa yang diceritakan itu, saya tidak mahu buruk sangka, mungkin itu cerita lama dan dia sudah berubah. Tapi selepas setahun berkawan dengannya, saya sendiri dapat merasakan yang antara kami memang tidak sehaluan dalam banyak perkara.“Rentak hidupnya tidak sama dengan saya dan selepas saya melihat sendiri dengan mata kepala saya, barulah saya percaya dan biarlah hubungan kami ini hanya setakat di sini saja. Jadi saya harap selepas ini tidak ada yang membuat spekulasi kononnya keluarga saya serta wujudnya orang ketiga yang menjadi punca saya tidak jadi berkahwin dengan Fasha,” katanya yang tetap tidak mahu mendedahkan apakah insiden yang mengubah pendiriannya itu.
FASHA pernah berkawan dengan Qabil selama setahun.
Tidak seperti pasangan lain, anak kedua dari tiga beradik ini mengakui mereka jarang keluar bersama. Kesibukan mereka dengan urusan masing-masing membuatkan mereka terpaksa membataskan pertemuan mereka.“Kami keluar bersama pun dalam sebulan sekali. Iyalah masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Malah, kalau berjumpa pun kami tidaklah berbincang soal perkahwinan secara serius.“Jadi apabila dia membuat pengumuman yang kononnya dia akan berkahwin, saya sendiri tertanya-tanya siapakah jejaka itu kerana kalau saya yang dimaksudkannya, itu tak mungkin kerana saya sebenarnya belum lagi membawa dia bertemu dengan keluarga saya,” tutur Qabil yang mengakui di awal perkenalan, dia tidak tahu yang Fasha seorang pelakon.Diusik dengan pertanyaan apakah peristiwa itu akan membuatkan dirinya serik untuk menjalinkan hubungan dengan artis, Qabil menolak andaian nakal itu.“Saya tidak pernah memandang rendah golongan artis, begitu juga keluarga saya. Dan saya tidak menolak andai dijodohkan dengan golongan itu. Tidak semua artis sama,” ujarnya sambil memberitahu sejak mengumumkan hal itu, dia dan pelakon itu sudah tidak lagi berhubungan.
bwu je wt blog ni..best la..